Saturday 21 May 2011

ARTIKEL BULAN INI ( sebagaimana tersiar di dalam Majalah Shopperz Guide edisi central isu #002 May-Jun 2011 (http://shopperzguide.blogspot.com)

Kolam, Air dan Ikan dan tips penjagaannya

   Memiliki kediaman yang indah dan nyaman merupakan impian bagi semua pemilik rumah, jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yg banyak bagi menjadikan kediaman mereka sebagai syurga impian mereka di dunia. 

Salah satu elemen yang sering menjadi pilihan adalah kolam, air pancuran dan ikan. Pesona yang ditampilkan biru kolam serta deruan airnya amat mengasyikkan mata dan telinga. 

Malah menjadi trend yang mana kewujudan kolam air smerupakan kemestian bagi memastikan laman menjadi taman yang menenangkan. Tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba memastikan elemen kolam air ini ada di laman masing-masing tidak kiralah di sudut atau di tepi laman rumah. Jika tiada ruang, binaan kolam air juga boleh dibuat di ruang terhad rumah. 

Namun begitu, seindah mana pun  kolam air ini, faktor lebih penting adalah bagaimana untuk mengekalkan keserian serta kesegaran airnya. Selain dibantu pam pembersihan air, pemilik juga perlu rajin memeriksa keadaan kolam air itu sendiri. Malah pengurusan dan pemeliharaan landskap air amat mencabar serta memerlukan usaha berterusan. 

Seringkali kita melihat keadaan kolam hiasan yang hijau dan tidak terurus airnya. Ini disebabkan kolam air juga berdepan ancaman alga iaitu sejenis organisma yang hidup di dalam air selain mewujudkan 
persekitaran menjijikkan hingga mencacatkan keindahan panorama landskap. 

Pemilik perlu mengekalkan persekitaran akuatik bermakna melakukan lebih daripada mengisi kolam dengan air dan ikan. Kesimpulannya, selain elemen alam seperti tumbuhan dan ikan, penjagaan laman yang indah juga memerlukan pemiliknya sentiasa memeriksa keadaan kolamnya supaya sentiasa bersih dan terurus


Tips penjagaan kolam

Gantikan  sepuluh peratus kandungan air kolam setiap minggu dengan air yang baru dan bersih.

Pasang sistem pengudaraan dan periksa secara berkala untuk memastikan ia tidak dilitupi debu dan habuk. Pastikan penuras udaranya sentiasa berfungsi dengan membersihkannya sekali dalam seminggu. 

Bina air terjun buatan untuk kitaran air yang baik. Buang daun kering, lumut dan tumbuhan mati setiap minggu bagi menghindari pembiakan nyamuk.

Sembur racun pemusnah alga namun, pastikan racun itu tidak memudaratkan ikan dan tumbuhan lain yang tinggal di  dalam kolam. 

Hiasi kolam dengan tumbuhan terapung seperti keladi dan kiambang. Tumbuhan ini bukan sekadar hiasan, tetapi pokok teduh yang berupaya mencegah kemasukan cahaya matahari dan menyeimbangkan suhu sekali gus membantutkan pembesar alga. Cara ini mampu mengawal sekitar 70 hingga 80 peratus pembiakan alga.

sambungan dalam bulan Jun  : Bina kolam anda sendiri secara sendiri (DIY)


OTHER PROJECTS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS


SEBELUM

SELEPAS

OUR PAST PROJECT

SOME OF OUR PAST PROJECTS
(mostly sub-contracts)


TAMAN CHERAS JAYA


ILSAS UNITEN


WISMA TV ANGKASAPURI


Friday 20 May 2011

CREATIVE SCAPE LANDSCAPING SERVICES

CREATIVE SCAPE LANDSCAPING SERVICES is a product which is being managed by Creative Wealth Resources. Our services is mainly focused on RESIDENTIAL  landscaping design, construction and maintenance. We Do DESIGN BUILT style, which means we complete the whole development package ourselves from the very beginning of designing process up to the maintenance.

WE cater from Shah Alam, Puchong, Subang, Sri Kembangan, Putrajaya, Kajang, Bangi and Nilai area only for the time being.


BERMINAT DENGAN KHIDMAT KAMI? 

HUBUNGI KAMI DI 017-250 5881 atau emel ke  : creativescapelandscaping@yahoo.com

Kami juga boleh dirujuk di Majalah Shopperzguide ( http://shopperzguide.blogspot.com/ )